Tuesday, February 24, 2009

Eksiden di Lebuhraya KESAS, km38.4 hala ke Port Klang

Subang Jaya, 24 Feb - aku balik keje arini agak lewat sket, hampir pukul 7 tadi aku baru keluar dari opis... hiway kesas menjadi laluan rasmi aku setiap hari untuk pegi dan balik keje... oleh kerana tadi hujan, jadi aku drive agak sentimental sambil mendengar lagu2 lama yang berkumandang dicorong radio di frekeunsi 96.7fm seperti biasa... setelah melalui jalan kewajipan di hadapan pasaraya summit yg penuh sesak, aku pon membelok ke kiri untuk susur keluar masuk ke kesas hala ke port kelang... kat susur tu, sempat jugak la aku overtake sebijik treler...

sedang melayan perasaan untuk masuk hiway kesas tuh tetiba aku terperasan dari ekor mata kanan aku, sebijik M**i meluncur laju memasuki lane paling kiri (lane plg slow la kan..) yg mana ada juga sebijik treler sdg berada pada lane tersebut dgn kadar kelajuan yg perlahan... aku rasa sema pun tau apa terjadi kan?... M**i tu tak sempat nak mengelak dan terus melanggar belakang treler tersebut...

DUMMMM!!.. satu dentuman yang kuat diikuti dgn kereta tu berpusing sebanyak 2 kali sebelom tayar sebelah kirinya tercabut dan terpelanting ntah ke mana pon aku tak tau. oleh kerana pusingan tuh, M**i tuh berada di lane plg kanan sekali... nasib baik sema keta kat hiway tu tak laju, jd tak de la insiden langgar dan langgar dan langgar... aku punya la terperanjat dan panik (mcm aku pulak yg eksiden) ye la apa taknye.. kat depan mata kepala aku! mau tak peranjat.... uihhhh.. seram betul!...

aku berentikan keta aku kat bahu jalan dan ada jugak la keta lain pon berenti.... kami tgok driver M**i tu tidak mengalami kecederaan, mamat berbangsa Cina.... dia sedikit terkejut dan tergamam dgn apa yg berlaku.... kami (bukan aku, tp mamat satria yg M**i tu overtake dia sblom melanggar lori tuh!) buat panggilan polis... tidak lama kemudian pemandu treler pon sampai ke tempat kejadian dan bertanya kenapa M**i tu melanggar dia?... kami sema menjawab, kami pon tak tau?!... selepas pemandu treler tu bertanya sedikit sebyk dan ambik keterangan keta n driver M**i tuh.. aku pon beredar dr tempat kejadian.... tp masih lagi menggigil2 kecil semasa memandu balik ke umah tu.... terperanjat siuttt!!....

dan aku, sepanjang perjalanan balik tu sgt la terperanjant dan masih menjadi tanda tanya sehingga kini... kenapa M**i tu tak pasal2 masuk lane tuh n langgar bontot treler tu, nasib baik sebelah kiri dia, kalo betul2 depan td aku tak tau la camana keadaaan driver tuh!... uhhhhh... pertama kali dlm idup aku, aku nampak secara live depan mata aku eksiden dijalanraya... Sekian, berita terkini melaporkan... maaf takde gamba, hp aku camera tak bape oke... hehehe...

No comments: