Thursday, December 29, 2016

Belanda-UK-Perancis

tepek gambor dulu lah





cerita selanjutnya akan menyusul nanti... InshaAllah...

Friday, December 23, 2016

DIY dining table... Akhirnyaaa siap juga...

ingat tak aku pernah cerita pasal kenkonon masa tu nak buat meja makan DIY... pastu yang penyiapannya tangguh agak bertahun... dan aku letakkan gambo frame meja tu tersadai kat tepi dinding porch umah aku... kat sini hah DIY meja kalau x ingat jugakkkk... kenkononnya hasil dari menskodeng blog2 omputih tetiba la kan mcm ada rasa2 terkesan dengan omputih yang suka sok meng-DIY barang2 dlm rumah mereka itu... kenkononnnn lahhh...

tapi mmg agak bertahun jugak la dia dok landing kat tepi dinding tu... kisah timbul semangat nak buat balik ni benornya berlaku pada bulan ramadhan setahun yang lepas, tengah dok ngemas2 umah tetiba mcm terpandang pulak frame tu masih utuh berdiri tersandar kat dinding tu... kesian pulak tengok ruper masih sama tak berubah macam mana dia sampai dulu... melihatkan keadaan itu, aku pun capai toolbox kat dalam stor terus buat apa patut...

hubby yang pada mulanya baru nak landing dan nampak aku mula bertugas, terus bangun tak jadi nak tido.. al maklum tido waktu panas2 petang kan best, tambah lagi puasa pulak tu... gagahkan jugak ler dia dok bersama2 bertungkus lumus merelisasikan impian bini tercinta dia ni...  hikhikhik...

aku ubah plan asal meja ni... dulu asalnya frame tu adalah dibina pada papan meja tu (kedai kayu tu yg tolong buatkan) dan hanya dipasang kakinya sahaja... tapi aku ubahkan yang frame tu kami buat sekali dgn kaki meja dan papan meja tu pulak dibuat berasingan... so pattern kami ini lagi mudahnya rasanya tambah lagi papan meja tu boleh diangkat dan diubah mengikut kesesuaian... gitu ler kekdahnyaaa...

tengah ukur nak buat frame kaki meja... mandor tgh check measurement tu s/a betul ke tak?... kihkihkih

sampai ke malam kami dok menyiapkan meja ni... frame kaki meja tu siap menjelang waktu berbuka dan kami sambung pulak lepas habis berbuka... masa ni semua dah siap cuma tinggal nak adjust ketinggian kaki dan nak sanding kayu bagi licin...

begini ler ruper bila dah siap sanding dan tengah diukur untuk dipotong kaki meja tu... aras ketinggian mana kah yang sesuai yang diukur berpandukan kerusi makan itu...

tadaaaa... nahhhh siap jugak akhirnya...

 boleh la kannnn, jadik gak la ala2 farmhouse diningtable aku nih (perasan sendiri udah laaa)... kihkihkih... mmg meja ini dibuat tanpa perlu adanya finishing/painting.. kenkonon fefeeling nak merasai keindahan urat2 kayu itu... chehhh nyampah ek!


ni di-zoom-kan lebih dekat lagi dengan props yang berlainan ruper...

maka beraya ler kami pada tahun itu dengan meja buatan sendiri yang tak seberapa adanya... dan meja itu masih utuh bertahan sehingga ke hari ini... dengan keadaan yang masih sama cuma penambahbaikan pada kaki2 meja itu aku letakkan castor supaya mudah aku nak gerakkan bila nak menyapu ngemas bawah meja tu... sebab letak castor adalah supaya senang aku nak tolak alih memandangkan meja ini agak berat dgn kudrat aku yg tak seberapa ni... hihihiiii... ini pun dah cukup buat aku rasa puashati dan happy gilerr... alhamdulillah syukurrrr...

Wednesday, December 21, 2016

Kek Gula Hangus...


aku memang suka sangat kek gula hangus nihh..
sememangnya kalau nak makan, aku akan beli
mmg tak penah terpikir nak buat sendiri..
dan selalu pikir yg kek ni mcm rumit nak buatnya sbb sarang2 itu...

terasa sangat nak cuba buat kek ni..
ku google2 resepi dan bahan2... biasanya blog kak azlita masam manis sentiasa menjadi rujukan... seorang blogger yang sangat2 berbakat dlm dunia masakan, Salute!... TQ kak ita!...
balik dari opis singgah bakery dan malam itu jugak aku mula membaking...

baru keluar dari kukusan...

tak sempat tunggu sejuk bagai udah dikeluarkan dari loyangnya... ada sedikit keceriaan didalam hati bila nengok rupa paras kek ni....


 alhamdulillah... penampakan sarang2 semut itu... kenyal2 dan bersarang.... ohhhhhh hatiku berbunga riangggg!!!!!.... lalalalalaaaaa

malam itu juga kek ini sudah tinggal separuh... anak3 kurang suka kek ini, dan kami berdua sahaja yang makan dengan sungguh2 skali..... :)

malam tu aku tak habis2 bercerita perihal kek ni kat hubby dan bukan susah pun nak membuatnya seperti yg aku bayangkan...
dan banyak kali jugak aku bertanya hubby akan kesedapan kek yang aku buat ini...
hahahaa...

Tuesday, December 20, 2016

18.12.2016 - Adik 7 Tahun!

(entry terbelated sket... hihihi..)

Alhamdulillah...

sekejap jer rasa budak kecik bertuah ni dah genap 7 tahun pada hari ahad yang baru lepas ni...
semakin manis dan semakin bijak adik sekarang...

sebenornya adik dah pun abis sekolah darjah 1, lagi beberapa hari dah nak masuk darjah 2 pulak... biasanya mmg dari tadika pun adik tak dapat nak sambut besday dgn kawan2 di sekolah... takpe nti ada masa kita set dgn cikgu buat advance besday bila nak cuti skolah ek...

sedikit review pasal adik :
- adik buat masa sekarang masih lagi Diabetis Type1 (T1D) (mami sentiasa doakan adik suatu hari nanti akan bebas dari T1D ini... Aamiin...)
- adik dah pakai insulin pump untuk tempoh 2 tahun... yeayyy
- dah nampak perkembangan tumbesaran adik meningkat dari bulan ke bulan (yang mana sebelum ni membuatkan semua doc. endocrine risaukan tumbesaran adik)
- dengan semangat yang tinggi dan tekun, adik dah pandai membaca walaupun merangkak mengeja (semasa tadika adik ke sekolah mcm chipsmore... kejap pegi, kejap x pegi... )
- masih lagi nak minum susu dalam botol... hahaahaa
- dah pandai nak melaram... (ikut kakak :))
- dan macam2 lagi lah, ini antara yang paling nampak untuk direviewkan...

Ruang Tamu itu...


ruang tamu...

erkk tetiba saje mengada tak tau nak citer apa dalam blog ni... sebab dah lebih setahun blog ni tidak berupdate huuuu... jadinya kita update ajelah menda yang dah duduk terperap dalam list draft ini... hahahaaaa

ini adalah keadaan dimana bila tersusun kemas, satgi datang bebudak bertiga tu... nah dah sememangnya keadaan tidak serupa ini!... paham2 jelah kalau dah 3 orang budak gegirl kalau dah bermain, semua bantal, kusyen, selimut segala waimah barang dlm rumah boleh dijadikan props... huuuu...







ruang yang sama, angle jer lain2... kihkihkih...
(penampakan lembaga yang sedang minum susu didalam botol... hihihi... )