Friday, December 23, 2016

DIY dining table... Akhirnyaaa siap juga...

ingat tak aku pernah cerita pasal kenkonon masa tu nak buat meja makan DIY... pastu yang penyiapannya tangguh agak bertahun... dan aku letakkan gambo frame meja tu tersadai kat tepi dinding porch umah aku... kat sini hah DIY meja kalau x ingat jugakkkk... kenkononnya hasil dari menskodeng blog2 omputih tetiba la kan mcm ada rasa2 terkesan dengan omputih yang suka sok meng-DIY barang2 dlm rumah mereka itu... kenkononnnn lahhh...

tapi mmg agak bertahun jugak la dia dok landing kat tepi dinding tu... kisah timbul semangat nak buat balik ni benornya berlaku pada bulan ramadhan setahun yang lepas, tengah dok ngemas2 umah tetiba mcm terpandang pulak frame tu masih utuh berdiri tersandar kat dinding tu... kesian pulak tengok ruper masih sama tak berubah macam mana dia sampai dulu... melihatkan keadaan itu, aku pun capai toolbox kat dalam stor terus buat apa patut...

hubby yang pada mulanya baru nak landing dan nampak aku mula bertugas, terus bangun tak jadi nak tido.. al maklum tido waktu panas2 petang kan best, tambah lagi puasa pulak tu... gagahkan jugak ler dia dok bersama2 bertungkus lumus merelisasikan impian bini tercinta dia ni...  hikhikhik...

aku ubah plan asal meja ni... dulu asalnya frame tu adalah dibina pada papan meja tu (kedai kayu tu yg tolong buatkan) dan hanya dipasang kakinya sahaja... tapi aku ubahkan yang frame tu kami buat sekali dgn kaki meja dan papan meja tu pulak dibuat berasingan... so pattern kami ini lagi mudahnya rasanya tambah lagi papan meja tu boleh diangkat dan diubah mengikut kesesuaian... gitu ler kekdahnyaaa...

tengah ukur nak buat frame kaki meja... mandor tgh check measurement tu s/a betul ke tak?... kihkihkih

sampai ke malam kami dok menyiapkan meja ni... frame kaki meja tu siap menjelang waktu berbuka dan kami sambung pulak lepas habis berbuka... masa ni semua dah siap cuma tinggal nak adjust ketinggian kaki dan nak sanding kayu bagi licin...

begini ler ruper bila dah siap sanding dan tengah diukur untuk dipotong kaki meja tu... aras ketinggian mana kah yang sesuai yang diukur berpandukan kerusi makan itu...

tadaaaa... nahhhh siap jugak akhirnya...

 boleh la kannnn, jadik gak la ala2 farmhouse diningtable aku nih (perasan sendiri udah laaa)... kihkihkih... mmg meja ini dibuat tanpa perlu adanya finishing/painting.. kenkonon fefeeling nak merasai keindahan urat2 kayu itu... chehhh nyampah ek!


ni di-zoom-kan lebih dekat lagi dengan props yang berlainan ruper...

maka beraya ler kami pada tahun itu dengan meja buatan sendiri yang tak seberapa adanya... dan meja itu masih utuh bertahan sehingga ke hari ini... dengan keadaan yang masih sama cuma penambahbaikan pada kaki2 meja itu aku letakkan castor supaya mudah aku nak gerakkan bila nak menyapu ngemas bawah meja tu... sebab letak castor adalah supaya senang aku nak tolak alih memandangkan meja ini agak berat dgn kudrat aku yg tak seberapa ni... hihihiiii... ini pun dah cukup buat aku rasa puashati dan happy gilerr... alhamdulillah syukurrrr...

1 comment:

Anonymous said...

How to make money with bitcoin. Can you make money with bitcoin?
Can you make money with bitcoin? I have made หารายได้เสริม some small bets on bitcoin. Bitcoin Betting Guide.