Wednesday, February 8, 2017

Kakak 11 Tahun!

8.2.2006 - 8.2.2017
11 tahun dah usia kakak...
sekejapnya lahai masa berlalu
mami masih rasakan kakak kecik lagi...
masih terbayang rindu lagi zaman kakak kecik...
besar panjang dah kakak sekarang...

kakak mmg seorang anak yang sangat baik pada mami dan abi
kakak yang baik pada adik dan baby
sentiasa suka menolong walaupun kekadang kakak baru lepas kena marah
takde sikit pun rasa kecik ati apatah lagi nak bermasam muka...
awak juga seorang kawan yang disenangi oleh kawan2 dimana jua
kakak pun seorang yang kuat makan juga, pantang ada lauk kesukaan kakak, maka bertambah2lah awak makan dibuatnya... sampaikan perlu ditegur untuk buat awak berhenti makan... kihkihkih

tiba-tiba...
"mami, boleh tak kakak nak ajak kawan2 kakak datang rumah masa birthday kakak nanti?"
mmg mami tak pernah buat sambutan birthday awak semua, hanya kita2 family sahaja biasanya meraikan setiap kali birthday...
tapi, sempena birthday yang ke 11 ni, mami approved la permintaan kakak tu...
"okay... kita just buat a small celebrate jelah ya... tapi terhad pada kawan yang close sahaja ya... boleh?"
"yeayyyyy! okay mami, thank you... sayang mami..."
girang sungguh nampak riak dimuka kakak walaupun mami hanya buat small party utk awak... terus buat 'list of friend' yang dia nak jemput ke rumah...
oh anak tiada yang menggembirakan hati seorang ibu bila melihat kegembiraan diwajahmu....



kami semua sayang kakak banyak2 dan ketat2...
anak pertama mami dan abi...
mami, abi, adik dan baby juga doakan kakak sentiasa ceria, sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah... Aamiin...
Rajin2 solat dan berbuat baik...
Love u kakak....... mmuahhhh