Monday, July 28, 2008

Daanya jatuh katil





huhuhu.... sian sayang mommy... weekend kami bermalam dirumah MIL di Kg. Padang Balang, Sentul... anak aku mmg suka kalo balik sentul sbb sepupu2 sema sebaya dia, so ramai la kwan dia... semalam, punya la syok main lompat2 kat katil dengan sepupu dia, tetiba terdengar anak aku melolong dengan kuatnya.... tgok dah terlentang kat lantai, jatuh... aku gosok kepala ingatkan yg belakang, rupa2nya dahi dia yang tersembam... uihh.. panik giler aku bila bengkak benjol tu naik dgn cepat, sebab mmg dia x penah jatuh pon sebelom2 nih... haaa hambek ko... macam sebijik telur terletak kat dahi dia... uishhhh... sian sungguh... tak sampai hati aku tgok n tak dapat aku bayangkan camane dia menahan kesakitan tu... lepas aku sapu ubat air asam n tuam, barulah bengkak tu susut... dan dengan linangan airmata dia tetidur kepenatan... hubby aku pon menyambung tuaman kat benjol tuh sambil memberi kucupan cepat sembuh... syahdu tul aku tengok.... huuhu.... arini kami tengok benjol tu dah takde, cuma lebam didahi yang mula nampak.... hai lah daanya......

Wednesday, July 23, 2008

Dentist - Part I

arini appointment dgn dentist at 11pm at Emmanuel Dentist Specialist, Klang... aku buat appointment haris selasa, aku nak Dr. Ngor jugak yang buat gigi aku sbb sebelom ni pon history gigi aku pon dia as a advisor.. so kira aku dah anggap Dr. Ngor mcam aku nyer Dr tetap utk gigi aku nih... sebenonya pasal gigi bongsu aku ni dah lama dah, cuma skang jer baru timbul masalah. arakian citanye, gigi bongsu aku sema sekali (4 btg) dah tumbuh dengan jayanya. bermulanya pertumbuhan gigi ni masa aku study lagi dulu dan kesemua Dr gigi yang aku pegi menyarankan agar aku buat minor operation utk buang gigi tuh sbb kesemua gigi tuh dia tumbuh baring, tidak seperti lazimnya gigi yang lain membesar. ini adalah disebabkan gusi aku yang agak comel, so ruang utk gigi tumbuh secara normal telah terjejas dan menyebabkan gigi tu tumbuh secara sedemikian rupa.. antara faktor lain iaitu bagi mengelakkan gigi bersebelahan rosak, jadi Dr menasihatkan agar gigi bongsu tu dibuang (lagipun gigi itu tidak berfungsi - bagi kes aku la)... jadi, setelah sekian lama aku x buat apa2 kat gigi tuh, maka dia telah merisakkan dirinya sendiri dan juga gigi yang bersebelahan. aku gi buat check-up, didapati gigi2 tersebut dah tak boleh diselamatkan... huhuhuhu... sangat sedih aku rasa... uwwaaaaaaaa... aku sayang gigi aku...

jadi arini hubby aku nak temankan aku, walaupon aku refuse sebab aku rasa aku leh gi sensorang, dia kata x sampai hati lak nak biar aku gi sendiri, takut ape2 jadi katanya.... so, td setelah di x-tray, Dr mencadangkan agar gigi aku tu dicabut bagi memberi peluang gigi yang lain utk hidup sihat... maka bermulalah episod yg menakutkan dalam diri aku arini... berikut rentetan peristiwa cabutan gigi aku;

11.00 - appontment aku dan 15 minit lagi kul 11.00 lagi aku dah dok tunggu, tp Dr dtg lambat 11.30 baru dia sampai...

12.00 - "Azidah Subar" kedengaran nama aku dipanggil.. so, dengan bergayanya aku melangkah amsuk ke bilik rawatan... hubby x berani nak temankan aku... Dr tunjukkan hasil x-tray pada aku dan menerangkan secara terperinci apa yang telah berlaku keatas gigi aku dan tindakan yang pelu diambil beserta kos untuk setiap rawatan yang dicadangkan... ni salah satu faktor yang aku suka kat Emmanuel nih.. akan cuba sedaya upaya utk selamatkan gigi kita.... setelah hampi 15 diskusi, jadi aku ambil keputusan untuk mencabut gigi2 yang rosak tersebut... oleh kerana nak buang gigi tu, kena buat pembedahan yang kecil jadi Dr pon memberi aku suntikan bius bagi kesemua kawasan yang perlu dibedah... 3 suntikan telah diberikan.... DR meminta aku berehat sekejap sambil mengambil ubat yang telah ditetapkan.... 12.45 gak la aku kuar bilik rawatan tuh....

1.15 - sekali lagi aku dipanggil untuk rawatan yang seterusnya... kali ni hubby aku memberanikan diri untuk turut serta... disambut dgn mesra oleh Dr. Ngor... nampaknya hubby aku selesa dgn servis yang diberikan... aku ingat dah boleh start operate, tapi rupanya kena ambek lagi 2 suntikan... yg power punyer.... punyalah pahit ubat tuh... perrghhhh!!!.... sampai termuntah aku dibuatnya... so, bermulalah episod yang mengerikan... masih terngiang2 kedengaran Dr menggobek gigi aku utk dikeluarkan... dan pisau tu membelah gusi aku.... setelah hampir 45 minit berhempas pulas, maka selesai lah pembedahan tersebut dengan 3 jahitan kepada gusi aku....

2.15 setelah ubat diberikan, aku pon balik umah... dan yg best aku dapat MC arini.....


tetapi kesimpulan, sakit sangat terasa bila ubat bius tuh dah hilang, so skang aku bergantung kepada pain killer yang dibekalkan bagi menghilangkan rasa sakit nih..... so kepada semua Selalulah Berjumpa Doktor Gigi Anda & Sayangilah Gigi Dan Wang Anda.... kerana sememangnya rawatan gigi adalah mahal....

Monday, July 14, 2008

Balik Muar...

Weekend baru ni kami sekeluarga balik ke Muar (Muo)... tengok nenek daanya (mak aku ler..) yang x berapa sihat... mak mmg duduk di Muo dengan kakak aku yg ke-2, walaupon dia ada rumah sendiri kat Pasak, Kota Tinggi, tapi dia lebih suka duduk dengan Kak Ngah aku... sesuai katanya... ari selasa aku tipon Kak Ngah aku, dia kata mak x berapa sihat, tu yg x buleh tidak aku ajak jugak hubby aku balik ari sabtu tu, walaupon aku tau hubby aku penat sbb baru balik outstesen dari penang...

selepas berkemas bagai kami bertolak dari rumah lebih kurang kul 1ptg dan sampai rumah pukul 6.30ptg.... dalam perjalanan kami singgah sekejap di Ayer Keroh hantar bekalan nasi lemak, buku dan peralatan melukis untuk Apis yang dikirimkan oleh maknya. way ke Muo kami lalu jalan kampong Bemban-Merlimau. bukan ape , aku nak tunjuk kat hubby aku Projek Rumah Penghulu Natar yang aku dok berulang-alik selama 5 bulan nih... huhuhu...

bermalam dirumah Kak Ngah dengan disajikan masakan BEST nyer; Asam Pedas Ikan Mayong dan Sup Tulang... Argghh.... kenyang sungguh... dan semalam malam kul 9.45 kami bertolak pulang... sepanjang perjalanan aku tido sbb akibat terlalu banyak makan, gigi aku sangat sakit, so terpaksalah aku menelan ubat sakit gigi dan tidur dgn lenanya... sian hubby drive sensorang... mintak bebanyak maaf la hubby ya... aku mmg tak larat.... kami sampai rumah kul 1.00 pagi, rupanya hubby kata kat tol nilai tadi jem giler... huh.. iye ke?.. punya lah tidor mati aku, smpai x tau ape yg berlaku... ehekss....

Wednesday, July 9, 2008

Bawak bekal...

malam tadi aku masak asam pedas ikan selar... saje masak lebih, sbb aku ingat nak bawak untuk bekal arini... nasik pon aku saje masak lebih (3 cawan), sbb takut sok pagi x dan nak tanak nasik... rupa2nya aku terbangun awal sket arini sbb akak aku tipon nak dtg umah, ada hal sket katanya... nak soh sain borang (aku dgn hubby aku) jadik penjamin untuk anak dia masuk u, sbb dah takde mase besok nak gi daftar.. neway CONGRATS to Apis sbb dpt sambung belajar kat Uni. Teknikal Melaka (rasenye lah...) dlm bidang yg diminati - Kujuteraan Elektrikal. Ucu doakan awak berjaya....

aku tanya hubby, "ayang nak bawak bekal x?"... hubby aku pon jawab "boleh juga...".. so, dengan sepantas kilat aku pon tapaukan bekal untuk dia jugak... maka, berdua kami bawalah bekal ke opis seadanya... camni lah rupa bekal yg kami bawa... (sama jer bekal kami, cuma hubby aku ada bekalan kicap dlm bekas kecil dan aku lak ada ulam kacang panjang...).. aku pon antu kicap jugak (kicak cap Kipas Udang - kicap pilihan sejak kecil lagi...), tp aku x bawak sbb kat opis mmg aku dah standby sebotol.... huhu...



Friday, July 4, 2008

London...

Gamba2 yang aku rase menarik... mostly gambar disnap oleh Mr. Manzuri (geng masa ke sana).... thanks bro.. aku nye collection ntah mana aku simpan aku x tau... kena gali balik, nti buleh upload kat sini... uhuksss...



Faces of Daanya Arissa

Macam-macam Daanya Arissa