Wednesday, February 8, 2017

Kakak 11 Tahun!

8.2.2006 - 8.2.2017
11 tahun dah usia kakak...
sekejapnya lahai masa berlalu
mami masih rasakan kakak kecik lagi...
masih terbayang rindu lagi zaman kakak kecik...
besar panjang dah kakak sekarang...

kakak mmg seorang anak yang sangat baik pada mami dan abi
kakak yang baik pada adik dan baby
sentiasa suka menolong walaupun kekadang kakak baru lepas kena marah
takde sikit pun rasa kecik ati apatah lagi nak bermasam muka...
awak juga seorang kawan yang disenangi oleh kawan2 dimana jua
kakak pun seorang yang kuat makan juga, pantang ada lauk kesukaan kakak, maka bertambah2lah awak makan dibuatnya... sampaikan perlu ditegur untuk buat awak berhenti makan... kihkihkih

tiba-tiba...
"mami, boleh tak kakak nak ajak kawan2 kakak datang rumah masa birthday kakak nanti?"
mmg mami tak pernah buat sambutan birthday awak semua, hanya kita2 family sahaja biasanya meraikan setiap kali birthday...
tapi, sempena birthday yang ke 11 ni, mami approved la permintaan kakak tu...
"okay... kita just buat a small celebrate jelah ya... tapi terhad pada kawan yang close sahaja ya... boleh?"
"yeayyyyy! okay mami, thank you... sayang mami..."
girang sungguh nampak riak dimuka kakak walaupun mami hanya buat small party utk awak... terus buat 'list of friend' yang dia nak jemput ke rumah...
oh anak tiada yang menggembirakan hati seorang ibu bila melihat kegembiraan diwajahmu....



kami semua sayang kakak banyak2 dan ketat2...
anak pertama mami dan abi...
mami, abi, adik dan baby juga doakan kakak sentiasa ceria, sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah... Aamiin...
Rajin2 solat dan berbuat baik...
Love u kakak....... mmuahhhh

Monday, January 23, 2017

12 Tahun dahhh...

Alhamdulillah...
15.1.2015 - 15.1.2017
12 tahun dah kami hidup bersama dan dikurniakan 3 orang puteri hebat sebagai penyeri dan pelengkap hidup kami...
dia lah teman
dia lah sahabat
dia lah geng gaduh
dia lah tempat mengadu
dia lah tempat melepaskan rindu
dia itulah Dzulkarnain Sarmidi hubbyku

semoga kita tetap bersama hingga ke akhir hayat... aamiin...


jarang2 sangat dapat bergambar camni... ahaksss... 
lokasi pun cun, so amek peluang fefeeling pilem industan sket la kannn... 

lokasi : zaanse schaans, holland
jurugambar : kakak daanya arissa
gajet : ip6

entry ter-belated sketlah... heheeee 

Wednesday, January 18, 2017

4 Tahun!


18.1.2013 - 18.1.2017
4 Tahun dah baby
Macam2 perangai budak bertuah ni

Baru baik demam batuk selsema... Semoga baby sihat2 jer lepas ni ya...


Mommy, Abi, Kakak & Adik sayang sangattttt kat baby...
Semoga menjadi anak dan adik yang baik, soleh dan sihat sentiasa kepada kami...
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan comel Mu ini kepada kami... Aamiin

Wednesday, January 4, 2017

Tahun Baru 2017


Selamat Tahun Baru kepada semua... 1.1.2017 di Wang Prachan (Wang Kelian), sempadan Perlis-Thailand... (last minute unplanned trip!)... woohooooo