Wednesday, July 23, 2008

Dentist - Part I

arini appointment dgn dentist at 11pm at Emmanuel Dentist Specialist, Klang... aku buat appointment haris selasa, aku nak Dr. Ngor jugak yang buat gigi aku sbb sebelom ni pon history gigi aku pon dia as a advisor.. so kira aku dah anggap Dr. Ngor mcam aku nyer Dr tetap utk gigi aku nih... sebenonya pasal gigi bongsu aku ni dah lama dah, cuma skang jer baru timbul masalah. arakian citanye, gigi bongsu aku sema sekali (4 btg) dah tumbuh dengan jayanya. bermulanya pertumbuhan gigi ni masa aku study lagi dulu dan kesemua Dr gigi yang aku pegi menyarankan agar aku buat minor operation utk buang gigi tuh sbb kesemua gigi tuh dia tumbuh baring, tidak seperti lazimnya gigi yang lain membesar. ini adalah disebabkan gusi aku yang agak comel, so ruang utk gigi tumbuh secara normal telah terjejas dan menyebabkan gigi tu tumbuh secara sedemikian rupa.. antara faktor lain iaitu bagi mengelakkan gigi bersebelahan rosak, jadi Dr menasihatkan agar gigi bongsu tu dibuang (lagipun gigi itu tidak berfungsi - bagi kes aku la)... jadi, setelah sekian lama aku x buat apa2 kat gigi tuh, maka dia telah merisakkan dirinya sendiri dan juga gigi yang bersebelahan. aku gi buat check-up, didapati gigi2 tersebut dah tak boleh diselamatkan... huhuhuhu... sangat sedih aku rasa... uwwaaaaaaaa... aku sayang gigi aku...

jadi arini hubby aku nak temankan aku, walaupon aku refuse sebab aku rasa aku leh gi sensorang, dia kata x sampai hati lak nak biar aku gi sendiri, takut ape2 jadi katanya.... so, td setelah di x-tray, Dr mencadangkan agar gigi aku tu dicabut bagi memberi peluang gigi yang lain utk hidup sihat... maka bermulalah episod yg menakutkan dalam diri aku arini... berikut rentetan peristiwa cabutan gigi aku;

11.00 - appontment aku dan 15 minit lagi kul 11.00 lagi aku dah dok tunggu, tp Dr dtg lambat 11.30 baru dia sampai...

12.00 - "Azidah Subar" kedengaran nama aku dipanggil.. so, dengan bergayanya aku melangkah amsuk ke bilik rawatan... hubby x berani nak temankan aku... Dr tunjukkan hasil x-tray pada aku dan menerangkan secara terperinci apa yang telah berlaku keatas gigi aku dan tindakan yang pelu diambil beserta kos untuk setiap rawatan yang dicadangkan... ni salah satu faktor yang aku suka kat Emmanuel nih.. akan cuba sedaya upaya utk selamatkan gigi kita.... setelah hampi 15 diskusi, jadi aku ambil keputusan untuk mencabut gigi2 yang rosak tersebut... oleh kerana nak buang gigi tu, kena buat pembedahan yang kecil jadi Dr pon memberi aku suntikan bius bagi kesemua kawasan yang perlu dibedah... 3 suntikan telah diberikan.... DR meminta aku berehat sekejap sambil mengambil ubat yang telah ditetapkan.... 12.45 gak la aku kuar bilik rawatan tuh....

1.15 - sekali lagi aku dipanggil untuk rawatan yang seterusnya... kali ni hubby aku memberanikan diri untuk turut serta... disambut dgn mesra oleh Dr. Ngor... nampaknya hubby aku selesa dgn servis yang diberikan... aku ingat dah boleh start operate, tapi rupanya kena ambek lagi 2 suntikan... yg power punyer.... punyalah pahit ubat tuh... perrghhhh!!!.... sampai termuntah aku dibuatnya... so, bermulalah episod yang mengerikan... masih terngiang2 kedengaran Dr menggobek gigi aku utk dikeluarkan... dan pisau tu membelah gusi aku.... setelah hampir 45 minit berhempas pulas, maka selesai lah pembedahan tersebut dengan 3 jahitan kepada gusi aku....

2.15 setelah ubat diberikan, aku pon balik umah... dan yg best aku dapat MC arini.....


tetapi kesimpulan, sakit sangat terasa bila ubat bius tuh dah hilang, so skang aku bergantung kepada pain killer yang dibekalkan bagi menghilangkan rasa sakit nih..... so kepada semua Selalulah Berjumpa Doktor Gigi Anda & Sayangilah Gigi Dan Wang Anda.... kerana sememangnya rawatan gigi adalah mahal....

No comments: