Tuesday, December 20, 2016

18.12.2016 - Adik 7 Tahun!

(entry terbelated sket... hihihi..)

Alhamdulillah...

sekejap jer rasa budak kecik bertuah ni dah genap 7 tahun pada hari ahad yang baru lepas ni...
semakin manis dan semakin bijak adik sekarang...

sebenornya adik dah pun abis sekolah darjah 1, lagi beberapa hari dah nak masuk darjah 2 pulak... biasanya mmg dari tadika pun adik tak dapat nak sambut besday dgn kawan2 di sekolah... takpe nti ada masa kita set dgn cikgu buat advance besday bila nak cuti skolah ek...

sedikit review pasal adik :
- adik buat masa sekarang masih lagi Diabetis Type1 (T1D) (mami sentiasa doakan adik suatu hari nanti akan bebas dari T1D ini... Aamiin...)
- adik dah pakai insulin pump untuk tempoh 2 tahun... yeayyy
- dah nampak perkembangan tumbesaran adik meningkat dari bulan ke bulan (yang mana sebelum ni membuatkan semua doc. endocrine risaukan tumbesaran adik)
- dengan semangat yang tinggi dan tekun, adik dah pandai membaca walaupun merangkak mengeja (semasa tadika adik ke sekolah mcm chipsmore... kejap pegi, kejap x pegi... )
- masih lagi nak minum susu dalam botol... hahaahaa
- dah pandai nak melaram... (ikut kakak :))
- dan macam2 lagi lah, ini antara yang paling nampak untuk direviewkan...

No comments: