Monday, April 6, 2009

Pancake pulak....

semalam pagi sambil menunggu hubby n arissa bangun tidur, aku mcm tak de idea nak buat sarapan ape.. tetiba belek2 resepi yang di simpan... ternampak pulak resepi pancake.. macam biasa dari umah k.jun jugak.... semua bahan pon mmg ada, apalagi terus siap2 kan bahan buat pancake... siap aku membancuh nak menggoreng pancake tuh tetiba terpacul dua beranak dgn muka bantal kat pintu dapur... hubby mmg suka kalo bab2 menggoreng nih, jadik aku serahkan kerja menggoreng tu ke dia... sambil aku sibuk buat air utk sarapan kami... arissa pon suka pulak pancake tuh.. tapi plain aje la tanpa dressing...


Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 3 1/2 sdt baking powder
  • 1 sdt garam (saya kurangkan pada 1/2 sdt sahaja)
  • 1 sdb gula (saya tambah kepada 2 sdb)
  • 1 1/4 cawan susu segar (saya jadikan 1 3/4 cawan kerana sukatan asli tu batter saya jadi pekat sangat)
  • 1 telur3 sdb mentega dicairkan
  • Saya tambah 1 sdt esen vanilla

Cara2:

  1. Ayak tepung, baking powder, garam dan gula.
  2. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan tuangkan susu, telur dan mentega cair.
  3. Kacau hingga sebati semuanya.Panaskan pan atas api sederhana.
  4. Pastikan pan sudah betul-betul panas.
  5. Tuangkan adunan sebesar mana yang mahu.
  6. Lapisan atas akan berlubang-lubang.Bila agak-agak lapisan atas sudah kering, terbalikkan.
  7. Biar seketika dan angkat.

huhuu.. oleh kerana madu aku yg ada dlm esbok tu dah agak beku ya amat... so, ada lebihan epal semalam tuh aku buat la dressing dgn manisan epal.

Manisan epal cara aku :
  • sebiji epal dipotong dadu
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar gula perang
Masukan kesemua dalam periuk dan korang masak la hingga agak pekat... pastu tuang atas pancake... sedia untuk dimakan... nak sedap lagi tambah butter kat pancake tuh...
hubby : "errmmm.. sedap gak... tapi jemput2 lagi sedap.."
aku : "errmmm... sekali2 tukar selera..." huhuhu...

No comments: