Wednesday, December 31, 2008

Melaka WaterCity Resort


Al-kisahnya bermula, my MIL mengajak kami semua bercuti memandangkan cuti yg agak panjangkan... so, hubby and his siblings telah merancang utk bercuti, cuma destinasi nya perlu dicari.. carik punya carik, hubby dapat pekej promosi utk lepak kat Melaka WaterCity Resort untuk 2H1M, apartment 3 bilik... so kesemua kami bertolak pagi sabtu tuh, hiway seremban seperti kebiasaan dihari cuti, jammed.. begitu juga susur keluar ayer keroh, ramai pulak pengunjung datang ke Melaka... aku tengok jalan dipenuhi kereta yang parking dibahu jalan untuk ke taman2 disekitar situ... taman buaya, botanik, mini m'sia, zoo...

Kami sampai di resort tuh, ngam2 waktu utk check-in... tapi oleh kerana housekeeping lom ready, so kena la kami menunggu hampir 1 jam... WaterCity resort ni dibina ditepi2 kononya macam tasik la kan, kalo tgok cam floating building tuh... bertemakan kapal lanun, dimana2 boleh jumpa item yang menggambarkan tema tersebut... baik dari lounge sampai lah ke apartment yg kami lepak... muahahaha... petang tu masa dihabiskan dgn melayan arissa n sepupunya mandi kat pool sampai kecut2 tangan sbb lama berendam... malam nya pulak kami gi makan ikan bakar kat serkam dan lepas tu menghabiskan minyak keta dgn ronda2 melaka... kami ke bandar hilir terus ke jonker walk, lepak n amek gamba mana2 yg patut kat bangunan merah, kat kincir air dan ke menara taming sari... kot nak nak la naik tower tu kan, tp dah malam sgt, kaunter tiket dah tutup... cam menara kl tu la, dia leh naik utk viewing town of melaka dan turun dgn caj RM10/adult n RM3/children...


Hari ke-2 juga, pagi tuh menghabiskan masa dgn melayan lagi arissa mandi kat pool... pastu kami berkemas2 utk berangkat balik... on de way balik kami singgah taman buaya... iskhhh... ntah kenapa malas lak aku nak nulis kali ni... aku tempek gamba aje lah yer... seronok sesekali release tensen...

No comments: