Thursday, August 14, 2008

Daanya Dah Balik Umah

lepas kes dia taknak balik tuh hubby aku dah sorok kan rocking chair tuh kat dalam stor... dan lepas ari tuh anak aku dah kembali pulang seperti selalu.. gumbira hati aku tidak terkata, cuma kekadang bila dia teringat mak dia mintak gak dia untuk dihantarkan ke umah mak nya... weekend tuh kami penuhi masa dia dengan bawak dia gi jenjalan ke kl.. kebetulan kami gi kenduri kawin si mimi (anak tokey restoren bawah opis aku) kat sri gombak.. lepas tu kami gi lagi ke Ikea dan terus ke Sogo sebelum balik singgah ke umah neneknya di Sentul... cadangnya taknak bermalam memandangkan hubby aku x larat nak drive balik so kami pon bermalam je di Sentul...
pepagi tu kami bangun awal sbb hubby ada appointment dengan tokey kedai tv nak pasang kipas siling kat bilik bawah dan family area kat atas... petang aku dan daanya ke rumah kakak aku sbb kakak aku yg kat Muo datang nak ambek mak aku balik Muo nak cuti sekolah kan... nti lepas cuti sekolah mak aku akan balik klang semula...
besok pulak kami akan bertolak ke Kelantan sebab opis buat vacation ke sana.. bukan apa sebenonya matlamat asal nak ke kenduri ex-staf opis aku si Edi yang kawin majlis di umah orang tua dia tuh.. tup tup bos kata apa kata kalao kita sekali buat trip opis ke sana bagi manfaatkan betul matlamat asal tuh... aku oke jer... so start besok smpai isnin kami cuti... besok ingat nak lalu jalan pantai sesambil boleh nyinggah kat mana2 yg patut kan.... Yahooooooooo.... jom layanzzz...

No comments: