Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul 1430H...

Hari ini sempena menyambut lagi kedatangan Maulidurrasul bagi tahun 1430H... terlalu banyak rancangan yang berkisar ttg menyambut kedatangan lahirnya Nabi junjungan kita ke dunia ini.... slot2 ditv begitu hebat mengkisarkan dan menyemarakkan hari besar ini dengan pengisian minda dan rohani yang begitu mendalam dan terkesan.... aku sepanjang hari melihat rancangan2 ditv berkenaan sambutan malidurrasul ini... dalam banyak2 rancangan tadi, aku begitu terkesan sehingga menitiskan airmata tatkala Ustazah Siti Bahiyah Mahmood mendeklamasikan sajak sewaktu sakaratulmaut menjemput baginda ketika sampai wafatnya... Ya Allah... terasa diri ini begitu kerdil sekali.... antara ayat2 yang aku ingati;

"Rasulullah sehingga wafatnya, memohon pada Tuhan yang baginda minta bagaimana rasa ketika sakaratulmaut hendak mencabut nyawa... doa baginda diperkenankan walaupun sebenarnya baginda tidak perlu melalui ujian itu... sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir itu, baginda Rasulullah sempat berkata dan berdoa... Umat, Umat, Umat.... bayangkanlah... begitu kasih dan cintanya seorang Nabi kepada umatnya... sehingga ke nafas yg terakhir pon baginda sempat mendoakan umatnya agar sentiasalah menjadi khalifah Allah yang taat dunia dan akhirat supaya dapat dipermudahkan ketika sampainya saat sakaratul maut datang menjemput.... "

terima kasih aku ucapkan kpd ustazah bahiyah kerana penyampaian yang penuh menjiwai membuatkan aku insan yg acapkali terlupa ini tersedar kembali setelah lama diulit mimpi.... sesungguhnya aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana dengan limpah dan izin Mu aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan sebagai umat junjungan Nabi Muhammad bagi pengisian minda dan rohani berlandaskan akidah yang kukuh kepada Mu agar tidak terpesong baik kehidupan didunia mahupun diakhirat kelak... InsyaAllah.... Aminn....

No comments: