Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan

"Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekalianya kerana Allah Taala" dan "Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala".....

Alhamdulillah...
Dgn izin Allah, dipanjangkan umur
sampai ke pagi x lena tidur
tak sabar rasa nak bangun sahur
kepada Tuhan aku bersyukur...

aku rasa excited sekali
terjaga sebelum alarm berbunyi
bangun seawal 4.30 pagi
masak air dan masak nasi...

asam pedas lauk tengahari
buat bersahur bersama suami
sambil mata melihat di tivi
ceramah dan motivasi muhasabah diri...

sebiji kurma penutup sahur
siap bersugi siap berkumur
selepas subuh hubby sambung tidur
aku tedengar hubby berdengkur...

arissa dan abi tadi lagi mmg dah lena
tinggallah aku mengemas segala
jeles sungguh melihat mereka
tak tahu gamaknya nak bangun jam berapa...

sekian saja dientry ini
buat seloka dipagi hari
semoga Ramadhan ini membawa erti
penuhi amal pengisian rohani...

Salam Ramadhan....

No comments: