Saturday, January 31, 2009

Finally... Arissa signed-up with ALIM Kids

Sebagaimana entry semalam, nak pegi carik sekolah utk arissa... kami telah direkomenkan oleh Che Semah a.k.a Hani supaya bawak arissa ke ALIM Kids kat USJ utk sessi trial jer dulu... kalo oke, sign-up la.... so, pepagi aku dah kejutkan cik kak tuh kata nak antar dia ke sekolah... wahhh.. excited betul dia, bangun terus senyum, tak meragam langsung n siap mandi dan pakai baju segala... kami pon singgah bersarapan seminit dua dan lepas tu terus ke USJ....
This is ALIM Kids Playgroup Class, also a book shop that selling islamic book for young children...
sampainya di sekolah tuh, ramai jugak parents yg antar anak mereka ke kelas nih... sebaya arissa jer anak2 mereka... setelah diterangkan dgn sessi pembelajaran mereka iaitu bermula dgn Module 1 which consist of 8 sessions, kami pon terpanggil utk daftarkan arissa dan lagi pulak tgok cik kak tuh semangat benar nak sekolah dan lagi kelas ni hanya pada hari sabtu shj dari pukul 10.30am to 11.30am ... pada mulanya mereka tak nak terima lagi student dah sbb kelas dah penuh iaitu 12pax/kelas... ntah macamana bila tanya cikgu yg mengajar tu n dia tgok arissa excited semacam jer kan, dia pon kata "oke, buleh lah".... so, sbb dia dah missed session 1, arini ni dia start dgn session 2 dgn topik My Body is My Buddy...
as they made it in the fun mood, so aku tgok sema bebudak feel comfortable with the learning process.... singing, counting and also art session all in islamic way... and the best part is when they doing some kolaj to the big body drawing together.... ermmm tengok ajelah aksi cik kak ni semasa sessi kelas tuh....
"sing along with me everyone" said the Teacher... (psstt.. nampak tak arissa je tak pakai uniform t-shirt kaler ijau tuh... budak baru la al-maklum, pakai skirt lagi... erkkkss.. ihikss...)

having some refreshment... cookies, waffer and a cup of drinks

Mickey stamp on her arm as approved of being succes with the class...


Smiley face after finished her class, posing just right in front of her 'school'... She was veeeeeeeeeeeery happy!!!... :)

A big thanks i awarded to Che Semah a.k.a Hani for encouraging arissa to joint this ALIM Kids playgroup.... Thanks once again beb!... muehehehe...

Friday, January 30, 2009

It's friday again....

ermmmm... saje nak menghabiskan masa menulis... walaupon takde mende menarik yg nak diceritakan... uihhh... sekejap je rasa, pejam celik pejam celik dah hari jumaat... rasenya baru je jumaat minggu lepas excited nak cuti tahun baru cina... tup tup dah jumaat datang kembali... cuti lah lagi... besok cuti hujung minggu dah...


ni la nak story pasal cik kak arissa kami yg cute miut comel lote tuh... sibuk betul dia kalau nampak kindergarten, sema kata sekolah dia... dia dok hari2 mintak kat aku n hubby nak ke sekolah... kekadang tu tetiba tgh syok dia tgok tv tetiba datang kat abi dia, pastu dengan sopan, santun n lemah gemalai dia cakap "abi, aisha nak shekolah buleh tak?"... berulang kali hubby aku kata yg dia cakap nak gi sekolah... hubby aku biasak la, bukan buleh anak manja intan payung dia tuh cakap macam tuh, mula la dok sibuk tanya aku apa kata kalo kita antar cik kak tu ke sekolah... aku pon naik pening... so, kami decide besok nak gi carik kan sekolah untuk dia... jadi, senang cite tengok ajelah camane besok dia... harap2 nye semangat tu berterusan... muehehehe... arissa.. arissa...

Thursday, January 29, 2009

hari bekal sedunia... muehehehe...

arinih kami sekeluarga bawak bekal sorang dua bekas... muahaha... bukan ape pon, nasik putih kosong dengan lauk ayam masak kicap yg malam tadi punya... sibuk packing utk aku n hubby... arissa cam biasa nak jugak bawak bekal ke rumah maknya... hubby n arissa ada additional item, hubby ada ikan masin goreng garing n arissa lak bawak air dlm botol elmonya... gini lah seadanya rupa bekal kami 3 beranak.... ujung belah kiri tuh hubby nye, yg tgh tu arissa nye pulak n yg ujung blah kanan tuh aku nyer... huhuhu....

balik kg sentul n kota...

balik kg dengan tidak dirancang... weekend baru nih sempena tahun baru cina mmg kami tak merancang nak balik kg pon, cuma pakcik aku yg dok kat felda gunung besaut tu menjemput ke kenduri akikah anaknya pada hari ahad tuh... hubby aku la, tgh melayan tahap boring yg amat tepu, tetiba dia ngajak balik kg.. owh suddenly la kan aku kata... siap packing segala bawak apa yg patut bekalan utk sehari dua, kami pon bergerak balik ke kg... on de way tu kami singgah beli satay la pulak kan, ntah tetiba aku terasa nak makan satay pulak... satay wak kat area greenwood tuh... so, beli la hubby aku dgn bangganya dalam 50 cucuk... 25 daging, 25 ayam lengkap dgn nasik impit, timun n bawang potong bagai.... uih sedapnya!... kata arissa....

maka bermalam lah kami kat umah MIL.... bangun keesokan paginya sedang bersiap untuk bersarapan sebelum ke umah pakcik aku, tetiba kak Ngah aku talipon memberitahu pakcik aku yang dok di kota tu telah meninggal dunia pagi tuh... aku bgtau hubby, cancel nampaknya plan ke kenduri, tapi kita kena balik kota ziarah keluarga pakcik aku di felda lok heng sana... siap makan sarapan apa yg patut, kami pun terus kan perjalanan ke kota tinggi terus ke rumah pakcik aku tuh... tepat kul 6.00 ptg kami sampai disana, tapi tak berkesempatan utk melihat jenazah sbb dikebumikan pada pukul 3.30 ptg tuh jugak.... siap kenduri tahlil, kami bergerak balik ke pasak... umah my mom....


arissa mmg suka kalo balik pasak, seharian main dgn sepupunya tanpa henti... makan pon tak nak... iskhhh... tido apatah lagi... part yg paling dia feveret bila main pasir, konon macam main masak2 la kan, buat kek dari pasir bagai.... siap mandi pasir lagi, penuh rambut tu berpasir... tgok je la aksi2 nya tuh yg sempat digambarkan masa dia main pasir tuh...









kami gerak balik kl malam tuh, sbb besoknya aku keje... uishhhh... boring giler!!...

Wednesday, January 28, 2009

Al-Fatihah... Pakcik aku (adik Mak) pula kembali ke Rahmatullah

Pakcik aku (adik mak aku) Asaari Bin Muri a.k.a Maman E telah kembali ke Rahmatulah pada 25 Januari 2009M bersamaan 28 Muharaam 1430H pada usianya 63 tahun. Arwah menghembuskan nafas pada pukul 11.00 pagi di Hospital Tun Aminah, Johor Bahru kerana sakit darah tinggi dan gaout... Kami sekeluarga berasa sedih dan pastinya amat terasa kerana arwah pergi meninggalkam kami setelah perginya bonda kami pada 73 hari yang lalu.... Semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNya dan berada bersama golongan yang terpilih.... Amin... Al-Fatihah...

Tuesday, January 20, 2009

Hebatnya Ciptaan Seorang Wanita...

sedang menikmati hidangan tengahari, aku terpanggil untuk membaca nota2 yang ditampal oleh bebudak opis... dalam bebanyak tuh terasa, yang satu ni cukup terkesan maksudnya... berkenaan wanita yang diciptakan oleh Allah s.w.t... begitu hebat sekali ciptaanNya.. Subhanallah....

seeloknya bagi mereka yang bergelar isteri, ajak la sekali suami tersayang anda sambil membaca firman ini... semoga dgn membacanya firman ini, bertambah sayang la suami kepada kita...

juga kepada mereka yang bergelar anak, hargailah betapa istimewanya ibu/emak/umi/mommy kita.... semoga kita semua mendapat manfaat dariNya.... Amin...

Allah s.w.t berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya airmata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Lihatlah!... betapa indahnya Tuhan jadikan seseorang yang bernama Wanita…. Diciptakan dengan maksud yang terlalu istimewa untuk dirungkai…

Setiap wanita itu cantik…. Jadi hargailah pengorbanan seorang wanita….

Monday, January 19, 2009

Thursday, January 15, 2009

4th Anniversary Wedding

15.01.2009... i am proudly announced that today is Our 4th Anniversary Wedding.... love u very much En. Dzulkarnain Sarmiti... Semoga kekal hingga ke akhir hayat....

Wednesday, January 14, 2009

Outstesen ke Kelantan... me likey... ;)

Semalam aku kena attend site mtg utk projek Kompleks LKIM Tok Bali kat Pasir Puteh.. ni adalah outstesen pertama aku utk tahun ni.. aku terbang naik kapal terbang kaler oren atau cap kunang2 atau lebih tepat lagi FireFly... walaupon rata2 cakap gerun naik kapal terbang nih, tapi aku suka sbb naik kat airport subang je dekat dgn rumah aku.. taklah jauh kalo cam nak amek MAS atau AirAsia... pastu epot dia pon agak comel, so x perlu lah jalan jauh nak ke plane tuh... lagi pulak ada refreshment, walaupon hanya oren juice dan cookies or muffin... hihihi..

semalam pepagi lagi aku dah kluar bertolak dari rumah kul 5.45am dan sampai kat epot kul 6.20am, flite aku kul 7.10am... punya lah sejuk pepagi tu kan, aku lengkap berbaju panas... setelah berada hampir 40min perjalanan aku pon sampai kat epot KB dlm kul 8.20am camgitu... Kelantan, skang tgh musim tengkujuh kot... sepanjang hari dari aku mula sampai sehingga lah nak balik ke KL (flite aku kul 9.20pm) aku tak nampak pun sinaran matahari... hujan sepanjang hari, kekdg lebat juga... site tu tepi laut... Ya Allah, punya lah sejuk... sib baik aku pakai sweater, sejuk menggigil2 aku...

site mtg utk 2 projek di site yang sama... bermula tenghari dan habis pukul 5.30pm (for both)... pheww... penat sungguh!... banyak jugak lah isu yg aku kena jawab semalam... lunch kami ditaja oleh kontraktor iaitu nasi dagang... aku suka lauk dia... ikan sekaya (kata org kelate...) atau pon dipanggil ikan tongkol... peberet aku tuh!..

aku memang suka kalo gi kelate nih... bukan apa, aku suka pelbagai makanan dia.. pastuh pelik2 jugak (bagi aku laaa...) tu yang aku suko carik tuh... paling aku suka kalo makan nasi berlauk pagi utk sarapan... wallawehhh... kalo org kelantan kate.... berahi bena laa!.. semalam kami bersarapan kat Kedai Nasi Daun Pisang... 1st time aku gi kedai ni, selalunya aku kalo nak sarapan mesti carik kedai nasi pokok ceri.... tp semalam, SEDAP nasi berlauk dio!... lauk pauk pon banyok pilihe... aku suko keda nih!... nanti leh repeat lagi.. huhu..

dan aku seperti biasa, sebelom balik semalam sempat lagi singgah kat pasar malam Wakaf Che Yeh... aku suka beli timun kecik2 dia, cili kampung, lada besar hok kale ijau tuh, pelam apa ntah nama pelam tuh, sedap sbb x masam, aku suka buat kerabu... kat KL payah nak jumpa... uhuksss... lepas tu aku terbekanan la dgn satu kasut budak pompuan nih, tetiba terus teringat arissa... comel kasut tuh, aku pon beli kan la utk arissa, RM10 jer sepasang.. kaler pink siap ada reben lagi!... sampai umah tunjuk kat arissa.. suka sgt dia dgn kasut tuh... siap pakai dlm umah n pepagi tadi bangun tido jer terus carik kasut tuh n bawak pakai gi umah maknya.... hihihi...

arini aku tgh fenin lah, tomorrow is Our 4th Anniversary Wedding, but till now i dont have any idea what is the best gift for my hubby and off course for me also... huhuhu... ermmm... pampering ourselves at spa... maybe?.... urghhhhhh!!!!...

Tuesday, January 6, 2009

9 Muharram 1430H



Dilahirkan pada 9 Muharram 1427H, maka arini genaplah usia arissa 3 tahun dalam tahun Hijrah.. teringin rase nak cuba buat kek sendiri la kan, jadi tadi sebelum balik tuh singgah kejap beli barang apa yg patut kat kedai kek kat area opis... best kedai tuh... hajat nak buat chocolate cake, maka tadi lepas makan malam aku berhempas pulas pulak buat kek sambil dibantu oleh cik arissa sendiri... huhu... ada cik kak tuh kat dapur alamat lintang pukang la jadinya... itu pon dah tak sabo2 nak tiup lilin seraya berkata "cepat la mommy, aisha nak epi beday to you...." eheks... tengokla apa jadi kat kek tuh, lom sempat sejuk dah dibubuh topping... serabai serabut sememeh semacam segalanya ada... muahahha... lagipon aku pon bukannya pandai sgt, saje belajo2 jd rajin.... eheksss..
sibuk sgt dia kalau nampak mainan masakan, jadi ahad lepas kami pakat bagi present kat dia kitchen playset.. dengan harapan takde le dia nyibuk kat dapur kacau mommy... huhuhu... acah jer!.. semoga rajin tolong mommy kat dapur kakak ya..!.. (panggilan utk dia skang atas permintaan diri sendiri... kononya rasa diri tuh dah besar sgt dan nak ke sekolah...).. teruja dia dapat playset tuh, sakan masak nya, siap lagak jadi chef amek order dr abi n mommy, so sepanjang malam la kami terpaksa makan 'masakan' dia... hai lah kakak..... takpe lah, asalkan arissa happy.. abi n mommy doakan kakak arissa jadi anak yg solehah dunia dan akhirat... Amin... InsyaAllah... we love u soooooo much...